About

Sejarah Ringkas Penubuhan Koperasi

Koperasi Usahawan Graduan Perak Berhad (COGRAD) merupakan sebuah koperasi yang disertai oleh usahawan yang bergelar graduan daripada pelbagai bidang yang berpusat di Utara Perak. Cograd berfungsi sebagai koperasi yang menjalankan pelbagai perkhidmatan yang meliputi peruncitan, pemborongan, perkilangan, konsultansi berkaitan pertanian, latihan keusahawanan dan lain-lain.

Pada tarikh 5 Mei 2021, KOPERASI USAHAWAN GRADUAN PERAK BERHAD (COGRAD) atau THE PERAK GRADUATE ENTREPRENEUR CO-OPERATIVE LIMITED. dan undang-undang kecilnya telah didaftarkan dibawah subseksyen 7(1) Akta Koperasi 1993.

generic
generic
generic

Keluasan jaringan rangkaian perniagaan dan permuafakatan antara semua koperator di Malaysia serta disokong oleh pihak Surhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) yang bertanggungjawab memantau dan menyelia dengan lebih rapat perjalanan koperasi supaya fungsi koperasi dapat dimanfaatkan sepenuhnya malah berpeluang untuk menjalinkan kerjasama dengan koperator di peringkat antarabangsa dan seterusnya membuka kepada ahli untuk melebarkan sayap perniagaan masing-masing ke peringkat yang lebih tinggi untuk menambahkan serta memperluaskan sumber pendapatan mereka.

Cograd secara umumnya memasarkan produk-produk tempatan yang telah dihasilkan dan diusahakan oleh ahli bagi menyokong perniagaan mereka serta meningkatkan jualan untuk melaksanakan tujuan ini, pihak Cograd sudah mengatur pelbagai program untuk menempatkan produk ahli ke pasaran yang lebih luas melalui pelbagai program dan expo usahawan dalam dan luar negeri. Antaranya Expo Hari Koperasi Negara, Expo Usahawan Negeri Perak, Program Jualan Rahmah, dan pelbagai lagi.

Cograd telah bermula pada awal tahun 2021 dalam bidang pertanian apabila telah menjalinkan kerjasama dengan Nestle Malaysia bagi membekalkan anak pokok kopi serta penanaman pokok kopi sehingga 100,000 pokok kopi bagi membekalkan biji kopi mentah yang mencukupi kepada mereka. Hal ini bertujuan untuk mengurangkan kebergantungan jumlah import biji kopi dari luar negara dan dapat mengurangkan kos bahan mentah bagi menghasilkan produk-produk yang berasaskan kopi dan seterusnya berupaya membuka ruang pekerjaan yang banyak kepada penduduk kampung tempatan bagi menambah sumber pendapatan mereka.

Cograd melihat industri kopi merupakan lubuk untuk koperasi menambahkan pelbagai sumber pendapatan. Sehubungan itu, Koperasi kini dalam perancangan jangka masa lima tahunnya untuk meluaskan skop perniagaan yang berkaitan dengan kopi seperti latihan keusahawanan, penanaman ladang kopi, memuka kilang memproses biji kopi (kopi mentah, kopi panggang, kopi serbuk), nurseri anak benih kopi, F&B (Kafe), dan penganjuran acara Perkampungan Kopi Malaysia.

Visi kami adalah merancakkan ekonomi negeri Perak dengan memudahkan mendapatkan bekalan-bekalan bahan yang diperlukan oleh pasaran pada harga yang memuaskan hati pengguna mengikut kualiti produk itu sendiri. Kami juga akan menggunakan pendekatan teknologi terkini di dalam sektor pertanian dan sektor lain dan seterusnya mampu membimbing petani dan pemain industri lain.

CoGrad juga berhasrat menjadikan setiap Ahli dapat membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat supaya dapat membantu merancakkan produktiviti perniagaan masing-masing. Di pihak CoGrad, kami akan membantu mendapatkan segala bentuk sumber seperti modal kewangan, pekerja mahir, bahan mentah, teknologi mesin dan lain-lain bagi tujuan untuk melancarkan pergerakan perniagaan Ahli.

OBJEKTIF & MATLAMAT

Dalam Usaha Untuk Mencapai Visi & Misi

i. Memberi komitmen dan sumbangan terbaik dengan mempertingkatkan kepentingan sosio-ekonomi dan kebajikan anggota dan pelanggan koperasi.
ii. Menyediakan peluang perniagaan dan perkhidmatan yang berkualiti kepada anggota koperasi seiring dengan dasar pembangunan koperasi & industri negara.
iii. Memantapkan perhubungan antara koperasi, anggota serta pelanggan dalam usaha untuk menyokong matlmat koperasi ke arah kestabilan dan masa depan yang kukuh.
iv. Menjalinkan hubungan sebagai rakan strategik bersama koperasi-koperasi yang berjaya di Malaysia.

RAKAN USAHASAMA

Driving technology for leading brands

INGIN MENJALINKAN USAHASAMA BERSAMA KAMI?

KOPERASI USAHAHAWAN GRADUAN PERAK BERHAD

PERAK GRADUATE ENTREPRENEUR COOPERATIVE (202158501691)